Pages

minggu yang penuh dengan 'keterperukan' ^^"

emmm...
cuti seminggu ni memang la cuti.
tapi ruginyelah cuti aku !
sebab seminggu  dok terperuk dalam bilik. pastu asal dalam bilik je mesti ase tak sihat nak demam...
melainkan hari ahad aku kua pegi sembayang raye, hari rabu aku kua pegi taman u kejap n tido bilik wani ngan hari khamis aku keluar pegi anta questionaire kat muah n keluar pegi desaru dengan jejaka... jumaat studio and bayar SAMAN.. cis !!.. sabtu terperuk lagi kononkonon siapkan layout. and esok xtau la ape aku nak buat. tapi rasenye bende yang same macam arini yang jadi.. TERPERUK DALAM BILIK..nak kua makan pon malas... haih..tak kembang la otak aku cani.. kete pulak da buat hal..
arggghhh !!!
ruginye cuti seminggu aku !
nak kate siapkan keje tak siap-siap jugak keje aku ni.
haih...............

balik jela kan.

ahhhh!!
aku nak balik rumah jugak.
bye utm.
xlarat dok cni lg.
emmmmmm,,,

titipan doa kepada Yang Maha Esa

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Dekatkan dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kemesraan di hati antara kami
Agar kebahagiaan itu kekal abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini
Ketepian sejahtera..

Tetapi Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah ditakdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah diriku daripada kekecewaan..

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan melontar bayangan ke dada langit
Hilang bersama senja merah dan gelap pekat malam
Agar aku rasa bahagia tanpa dirinya
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Tercinta,
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Meskipun tidak sama dengan dirinya
Jika benar cinta itu sejati.

Oleh itu..bebaskanlah ia
ia akan datang dengan sendirinya
Tetapi jika ia pergi dan tidak kunjung lagi
Anggaplah cinta ini memang tidak wujud dari awal lagi... 

Ya Allah Ya Tuhanku, 
cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan hambamu ini
janganlah engkau biarkan aku sendirian di dunia mahupun di akhirat kelak
kurniakanlah aku pasangan yang beriman supaya dapat kubina kesejahteraan hidup bersamanya kejalan yang engkau redhai
dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah

Amin