Pages

pernahkah anda merasainya ??

bergenang air mata aku bila fes time aku bace bende ni.

feeling memanjang.
nak buat macam mane kan.

1. kamu mengetahui yang kamu merindui seseorang apabila jantung berdegup pantas teringatkan dia. walaupun sekadar "hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang

ulasan: kamu mungkin menaruh hati kepadanya, cuma tidak menyedarinya ataupun kamu tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

2. jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

3. jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

ulasan: masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.

4. jangan melarikan diri daripada "cinta" apabila ia berada di hadapan kamu, jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

5.ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai. satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi, "saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya...kamu pula?" jawab titis air mata kedua itu "saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu saja."

ulasan: tiada siapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga ia pergi meninggalkan kita, kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

6. lawaknya bila kita meletakkan 'standard' untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati kita tahu orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada 'standard' itu.

ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita amat sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.


(@_^) نورولاين

0 comments: